Jumaat, 16 September 2011
WASIAT NABI ADAM A.S KEPADA ANAKNYA UNTUK KITA SEMUA..
Nabi Adam as berwasiat kepada anaknya Syits dan diperintahkan wasiat itu sampaikan kepada anak-anaknya sesudah itu. Wasiat itu ada lima hal, Nabi Adam as pun berkata ;
“..Hal Pertama, katakan kepada putera-puteramu. Jangan kalian terpaut kepada dunia. Sesunguhnya aku di Syurga terpaut dengan yang tidak seberapa, kemudian Allah mengeluarkan aku darinya.
Hal Kedua, katakan kepada mereka. Janganlah kalian turuti kehendak isterimu, sesungguhnya aku telah menuruti kehendak isteriku dan aku memakan syajarah. Akhirnya aku menemui penyesalan.
Hal Ketiga, katakan kepada mereka. Jika hendak berbuat sesuatu fikirkanlah akibatnya. Kalaulah aku fikirkan akibatnya tentulah aku tidak merima nasib ini.
Hal Keempat, jika hatimu terpaut oleh sesuatu tinggalkan saja ia. Sesungguhnya ketika aku memakan syajarah, hatiku terpaut padanya. Namun aku tidak kembali sehingga akan ditimpa penyesalan.
Dan Hal Kelima, bermesyuaratlah dalam segala urusan. Jika aku bermesyuarat dengan para Malaikat, tentulah nasib seperti ini tidak akan menimpaku..”
*Terjemahan kitab MUKASHAFAH AL-QULUB karangan IMAM BESAR AL-GHAZALI..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan