Selasa, 20 Disember 2011

Subhanaallah..sg2t hebat

Pandangan Sains Berkaitan Kesan Bacaan Al-Qur'an, Zikir dan Doa Pada Seseorang..

Terdapat banyak keterangan oleh al-Qur’an, Hadis dan para ulama menyentuh kelebihan membaca al-Qur’an, zikir dan juga doa. Berikut adalah beberapa pandangan para Saintis berkaitan kelebihan amalan tersebut;

Menurut kajian Dr Ahmad E.Kadi membaca al-Qur’an berupaya menurunkan tekanan darah, denyutan nadi dan dapat menyebabkan relaxsisasi otot.

Menurut Dr Muhammad Asim Muhammad Khan merujuk kajian yg dibuat oleh Norma E.Capra drp Universiti Maryland, Zikir akan menyebabkan sentuhan pda ‘magic spot’ di bhg lelangit di mulut akan mengaktifkan pengeluaran neourotransmitter dan neuromodulasi di otak yg bermanfaat utk kesihatan. Menurutnya banyak kalimah-kalimah di dalam al-Quran bila disebut akan menyentuh tempat ‘magic spot’ berkenan cth:Kalimah ‘Allah’, La Ila Hailla Allah dan La Haulawala Quwatailla Billah …”

Seterusnya seorang ahli psikologi Belanda, Prof. Vander Hoven yg menyimpulkan perkataan ‘Allah’ yang diucapkan berulang-ulang baik utk org Muslim ataupun tidak, mampu memberikan pengaruh penyembuhan psikologi. terutama dari perasaan kesal dan tegang.

Manakala Sheikh Mahmoud Chiristy lafaz-lafaf solat ( Qur’an, zikir dan doa) memberi kesan kesihatan. Ini kerana ia beriteraksi dgn alam (memiliki gelombang resonan yg sama dgn alam sekelilingnya). Sesungguhnya di mana seluruh makhluk di alam ini semua bertasbih kpd Allah juga.

Menurut Dr Lorrey Dossy dalam bukunya ‘The Healing Words’ memaparkan kesan doa kepada penyembuhan pesakit. Beliau mengutip satu contoh kajian dibuat oleh Dr Byrd di San Francisco General Hospital pada 1988 kepada 393 pesakit jantung kritikal yg dirawat di ICU selama lebih 10 bulan. Pesakit dibahagi dua kelompok. Pesakit kumpulan A didoakan sehingga mereka meninggalkan hospital. Pesakit kum B tidak diberikan doa. Kelompok yg didoakan tidak diberitahu tujuan doa. Hasilnya sangat menarik. Kelompok yg didoakan meninggalkan hospital lebih awal, insiden terjadinya kegagalan jantung dua kali lebih rendah dan keperluan ubat antibiotiknya menurun sebanyak 25%.

Pandangan para Saintis ini adalah bukti jelas bahawa al-Qur’an, zikir dan doa mempunyai pengaruh besar kepada pengamalnya. Marilah kita beramal dengan ketiga-tiga perkara tersebut.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan