Selasa, 29 Mac 2011

Doa Mati Dalam Islam..

Doa Mati Dalam Islam

Semalam kuliah Ustaz Hadi, Imam Masjid Sunway cukup menusyuk kalbu. Kerana apa? Kerana ustaz membicarakan mengenai mati. Apabila membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara. Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurangnya merasa kurang enak apabila kita berbicara tentang kematian. itulah hakikat iman kita. Oleh itu Ulama syokkan kita sentiasa membicarakan soal mati kerana kehidupan selepas mati adalah selama-lamanya dan adalah maksud hidup kita manusia di mukabumi ini.
Ustaz Hadi memulakan tazkirah dengan satu soalan pencetus minda kita. Setiap minggu, khatib di mimbar jumaat akan membaca ayat ini.
Jika umur kita sekarang 40 atau 50 atau 60 atau 70 tahun maka sudah lebih bertahun-tahun kita dengar ayat ini setiap minggu jika kita saban jumaat ke masjid untuk solat jumaat. Jadi persoalannya, adakah pernah kita tanya Ustaz-ustaz atau alim-ulamak mengenai maksud ayat ini? Jawapannya tidak, mungkin, harus atau ermmmm…..(tepuk dada, tanya iman kita).
Ustaz Hadi menerangkan bahawa Allah SWT sudah memperingatkan kita, umat islam ini, yakni orang-orang beriman ini, siapa dia, kitalah, supaya bertaqwa kepada Allah sebenar-benar taqwa dan memberikan kita “warning” supaya kita ini, orang-orang beriman ini, supaya mati nanti, matilah dalam islam. Jangan dok mati ‘kapiaq’ (dalam loghat kedah) kata Ustaz keras. Tersentak semua jemaah.
Ulama’ menerangkan kepada kita bahawa kematian kita sebenarnya adalah permulaan bagi kehidupan yang sebenar. Berusahalah semampu mungkin dan jangan jemu berdoa kepada Allah SWT agar diri kita, ibu bapa kita, ahli keluarga, sahabat-sahabat dan umat Islam lain dimatikan dalam keadaan Islam dan husnul khatimah. Semoga malaikat yang mengambil nyawa kita dapat menjalankan amanah tersebut dengan sopan santun dan datang dalam keadaan berseri-seri. Inilah matlamat sebenar kita umat islam. Jadi Ustaz Hadi menyuruh kita semua muhasabah diri sudahkah kita menjalani kehidupan kita ini seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT atau tidak, yakni masih menjalani kehidupan ini mengikut cara barat atau seumpamanya. Termenung seketika semua jemaah.
Ustaz Hadi mengingatkan tidak cukup setakat kita datang ke surau seorang diri sahaja tanpa mengajak keluarga dan jiran tetangga, tidak cukup kita pakai baju melayu atau jubah ketika ke surau atau masjid sahaja, tidak cukup setakat pergi mekah sahaja, tidak cukup setakat memberi sedekah aje, kita kena menjalani kehidupan kita seluruhnya mengikut agama Islam, yakni ikut perintah Allah, tinggal larangan-Nya, dan ikut sunnah Nabi SAW, 24 jam. Barulah senang untuk mati dalam Islam. Cuba kita renung kehidupan kita seketika…….Allahu Akhbar.
Jadi Ustaz Hadi syorkan supaya kita amalkan dua doa untuk kita mati dalam Islam. “Kita ni dah lah tak reti nak berdoa, berdoa pun malas, ramai yang lepas solat, zooossshhh bingkas bangun nak kejar apa pun tak tahu….” itulah keluhan Ustaz Hadi. Ada jemaah senyum dan ada juga yang tunduk malu. Bukan apa, niat Ustaz Hadi, nak memperingatkan aje!
Doa yang pertama, ada di surah Yusuf: 101 yang bergaris di bawah ini;
Kemudian doa yang kedua ada di surah al-aq’raf:126 juga yang bergaris;
Dan Ustaz Hadi menambah selama kematian itu dalam Islam dan kerana Islam, maka tidaklah mengapa keadaan mati itu kerana bukan cara mati itu, baik digantung, ditembak, dibunuh, kemalangan yang menjadi perkiraan Allah sebaliknya keadaan diri dan iman dan agama kita sewaktu mati itu yang menjadi nilaian Allah SWT.
Oleh itu ayuh kita kemaskan diri kita, tingkatkan Iman kita, tingkatkan taqwa kita kepada Allah, kerana masa kita mengadap Allah tidak kita ketahui. Mungkin petang, mungkin esok dan mungkin juga lusa. Tiada siapa yang tahu kecuali Si Pencipta.
Kesimpulannya, untuk kita mati dalam Islam kita kena buat 2 perkara, pertama, Istiqomah dalam amalan agama Islam 100% dan kedua, banyaklah berdoa kepada Allah SWT.
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda. Ya Allah ajarkan kepada kami ‘ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada ‘ilmu yang Kau ajarkan. Ya Allah, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang istiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan