Ahad, 30 Oktober 2011

Molekul Air Zam-Zam yang sangat Menakjubkan..

oleh LayarMinda pada pada 17hb Oktober 2010 pukul 3.31 ptg
  بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم   


Penemuan  ini  sungguh  menakjubkan  dan wajib dikongsi bersama, kenapa dengan keizinanNYA  air  penawar  boleh  menyembuhkan  penyakit,  baca  dan hayatilah petikan dibawah:

Petikan ceramah oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Diantaranya :

Air  merupakan  salah satu rahmat Allah SWT kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah SWT.

Ustaz  kemudian  bercerita  bahawa  dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar  mengenai  AIR  yang  mana  kebanyakan  peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang.

Penceramahnya  seorang  Profesor  yang  pakar  tentang  air  dari Jepun. Beliau menunjukkan  hasil  kajiannya  mengenai air, beberapa “slide” ditunjukkan dan dipancarkan  dilayar  putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil  dari berbagai sumber air (sungai,laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka  terpancarlah  berbagai-bagai  rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu  jelas  (dengan  telinga  yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang  menggerunkan  dan  menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel  air  yang  lain  tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang  saya  nak  tunjukkan  sampel yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”
Profesor  itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang  tersusun  cantik  berupa  seolah-olah seperti  berlian(bersegi-segi) ,bersinar- sinar   dan   sinarannya  mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi  12 warna.


Lalu profesor bertanya  “Siapakah di antara  kamu  semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan  kemudian,  Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor  berkenaan  memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini”  JawabPensyarah. Profesor  berkata  ”Saya  tak  tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”
Kemudian  Professor  mengatakan  bahawa,  kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa  bentuk  molekul-molekul  air.  Lalu  didalam dewan itu mereka membuat “experiment”  bagaimanakah  yang  dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk  molekul-molekul  air.  Semua  hadirin dikehendaki  membaca sesuatu kepada  air  mineral  masing-masing.Lalu seorang  ”volunteer” bangun untuk menguji  bagaimana  rupa  air   yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak  molekul  air membentuk seolah-olah  seperti  tokong  cina (dengan janggut yg panjang dan perut yang buncit).

Bila  tiba  giliran  Ustaz,  air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat   Kursi   maka   nampaklah   rupa  molekul  air  seperti berlian dan berkilau-kilau. Lalu  Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang  ayat/kata-kata  yang  tidak baik…maka nampaklah diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah. ….  daripada  ceramah  yang  Ustaz sampaikan ini marilahkita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.Ini  adalah  kata-kata  dari  Ustaz  Abdullah :

“Jika hendak air itu merasa manis  maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna  dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan