Terapi Ibadah (Zikir)
Zikir adalah amalan sunat untuk dilakukan oleh seorang Muslim. Walapun ia ringan di sudut perbuataan namun di sisi Allah ia adalah berat di sudut timbangan. Amalan zikir mempunyai beberapa kelebihan dan khasiat sebagaimana yang diterangkan oleh al-Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w.
Fadhilat Zikir
Menurut al-Qur’an terdapat beberapa kelebihan kerana melakukan zikir antaranya ahila :
Allah berfirman yang bermaksud: ‘Iaitu orang-orang yg beriman dan tenang tenteram hati-hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah, dengan zikrullah hati akan tenang tenteram”- (ar-Ra’d:28)
Allah berfirman yang bermaksud: “sesungguhnya orang-orang yg beriman itu ialah mereka apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya maka bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”- (Al-Anfal:2)
Berdasar beberapa Hadis Rasulullah mereka yang berzikir akan mendapat beberapa Fadhilat antaranya;
Orang yg berzikir itu hidup dan tidak berzikir itu mati.
Apa-apa yg Allah akan lakukan terhadap seseorg adalah mengikut sangkaannya terhadap Allah.
Amalan yg paling baik dan paling suci.
Ditingkatkan darjat di sisi Allah.
Org yg sibuk berzikir akan dikerumuni oleh Malaikat, diliputi rahmat, diturunkan ketenangan atas mereka.
Allah berbangga dgn mereka yg berzikir dan memujinya.
Ahli majlis zikir akan diseru oleh Malaikat dari langit dgn berkata bangunlah dan keampuinan utk kamu.
Tujuh golongan mereka yg dilindungi dibawah rahmat Allah antaranya ialah org yg berzikir
Iblis akan binasa dgn kalimah Toiyibah dan Istighfar
Seseorang yg mengucap kalimah Tiyyibah akan masuk dalam benteng Allah lalu terselamat dari azab Allah
Menurut Hafiz Ibnu Qayim r.a terdapat lebih seratus kelebihan zikir antaranya;
Zikir menjauhkan Syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
Zikir menyebabkan keredaan Allah.
Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan dlm hati.
Zikir menguatkan hati dan badan
Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
Zikir menarik rezeki
Org yg berzikir akan diberi kehebatan dan kemanisan (org yg memandang akan merasa kehebatan dan kemanisan)
Zikir melahirkan cinta terhadapa Allah
Zikir membawa hakikat muraqabah (membawa seseorg kemartabat Ikhsan)
Zikir membawa seseorang kembali kpd Allah dan akhirnya Allah menjadi pelindung dan pembantu dlm setiap keadaan.
Zikir menghampirkan seseorang kepad Allah.
Zikir membukakan pintu ‘makrifatuAllah’.
Org yg berzikir disebut Allah dlm majlisnya.
Zikir menghidupkan hati
Zikir membersihkan karat
Zikir adalah makanan roh dan hati
Zikir menjauhkan dosa dan maksiat
Zikir menjauhkan sifat keraguan seseorg terhadap Allah
Sesiapa yg mengingati Allah dlm kesenangan dan Allah akan mengingatinya dlm kesusahan
Zikir menyelamatkan seseorg drp azab Allah
Zikir menyebabkan turunnya rahmat dan sakinah
Majlis zikir adalah majlis para Malaikat sebaliknya majlis lalai adalah majlis Syaitan
Seseorg yg berzikir secara Istiqamah akan terselamat dari melupakan diri sendiri
Zikir meningkatkan kerohanian seseorg
Nur Zikrullah akan bersama seseorg itu samaada di dlm kubur atau ketika meniti Titian Sirat
Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati
Zikir adalah punca persahabatan dgn Allah sebaliknya kelalaian adalah punca permusuhan
Allah menurunkan rahmatnya utk org-org berzikir dan para Malaikat berdoa utk mereka
Sesiapa yg ingin berada di taman-taman Syurga ketika di dunia ini maka hendaklah berada di dlm majlis-majlis zikir
Majlis zikir ialah majlis para Malaikat
Allah berbangga terhadap org-orag yg berzikir dihadapan para Malaikat
Sesiapa yg banyak berzikir dia akan masuk Syurga Allah sambil tersenyum-senyum. Dengan berzikir setiap yg susah akan menjadi senang. Bebanan berat menjadi ringan dan semua bala bencana akan terlenyap.
Segala ketakutan dan kebimbangan akan terlenyap melalui zikrullah
Wajah org yg berzikir akan berseri di dunia dan akan bercahaya di akhirat
Amalan Zikir yg dicadangkan;
Azan
Mathurat,
Manzil,
Zikir Saidina Ali,
Tahlil,Takbir dan Taqdis
Selawat,
Istighfar,
Iktikaf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan